Tuesday, 19 December 2017

IKAN BAKAR BEREMPAH CONFIRM LICIN


Bahan-bahan:


  • 1 ekor ikan (cencaru/bawal/kembung/pari) – di bersihkan dan di belah tengah
  • 1/2 sudu besar kunyit serbuk – di kisar
  • 1/2 sudu besar cili – di kisar
  • 1 biji halia – di kisar
  • 1 biji bawang besar – di kisar
  • 3 ulas bawang putih – di kisar
  • 2 batang serai – di kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 keping gula melaka
  • 100 ml air
  • garam secukup rasa


Cara Memasak :


  1. Masukkan serai, kunyit, halia, cili, bawang putih, bawang besar, serbuk kari, sos ikan, gula melaka, garam dan air. Gaul hingga sekata.
  2. Oleskan bahan tersebut pada ikan. Sumbat bahan perap dalam perut ikan juga. Perap selama 30 minit.
  3. Panggang di atas dapur dan sekali-sekali di pusingkan hingga masak sempurna.


SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA


RENDANG AYAM SIMPLE & DELICIOUS


Untuk bahan-bahan Rendang Ayam:
Bahan Rendang Ayam

  • 1 ekor ayam dipotong
  • 25 gr bawang putih
  • 130 gr bawang kecil
  • 12 gr kunyit hidup
  • 80 gr halia tua
  • 285 gr bawang merah
  • 5 gr daun limau purut
  • 33 gr lengkuas
  • 115 gr gula Melaka
  • 20 gr serai, akar sahaja
  • 2 daun kunyit
  • 105 gr cili boh
  • 90 gr kerisik
  • 12 gr serai
  • 2 sudu besar garam
  • 1 kg santan

Cara masak Rendang Ayam

  1. Masukkan dalam mesin kisar,bawang kecil, kunyit hidup, bawang merah, lengkuas, akar serai dan haila hingga sebati semua bahan tu dan potong Chiffonade daun kunyit.
  2. Panaskan priuk besar dengan api besar/suhu tinggi dan masukkan bahan kisar tadi tu dengan di tambah gula Melaka, daun limau purut, cili boh, bawang, garam, separuh santan dan serai ditumbuk, kacau sama rata.
  3. Masak semua tu hingga mendidih lepas tu kecilkan api tuk renehkan.
  4. Lepas tu masukkan ayam yang dah di potong tu bersama reneh dan kacau hingga sama rata.
  5. Kacau reneh tu kira-kira 90 menit hingga sos jadi pekat dan hampir kering tapi tak kering sangat.
  6. Masukkan 1/2 daun kunyit dan kerisik ke dalam kuali tu dan kacau 5 minit.
  7. Dah siap santap, hidangkan rendang ayam dan hias cantik.
    Jika nak makan rendang ayam ni masa depan, biarkan rendang ayam tu sejuk seutuhnya dan lepas tu simpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais. Rendang ayam ni hanya tahan untuk masa 1 minggu sahaja.

SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA


Monday, 18 December 2017

AYAM MASAK MERAH SIMPLE & DELICIOUS



Untuk bahan-bahan Ayam Merah:

Bahan Ayam Merah

  • ayam
  • kunyit (tuk lumuri ayam)
  • 2 bunga lawang
  • 3 tomato
  • 2 sudu sos cili (sudu besar)
  • 60 ml santan
  • gula
  • 1 batang kayu manis
  • 250 ml air
  • garam
  • minyak
  • kacang peas
  • 5 bawang putih (hiris)
  • 2 cm halian (hiris 3 keping)
  • 3 bawang besar (hiris)
  • 5 bawang putih (kisar halus)
  • 2 cm halia (kisar halus)
  • 5 bawang merah (kisar halus)
  • 20 cili kering – (rebus kejap lepas tu kisar)


Cara masak Ayam Merah

  1. Mula-mula siapkan kuali, goreng ayam tu yang dah dilumuri kunyit dan garam. Masak separuh masak je.
  2. Panaskan minyak dan lepas tu masukkan 5 bawang putih,2 cm halian dan 3 bawang besar sampai harum, naik bau tu.
  3. Masukkan cili kering yang dah direbus kejap tu bersama sos cili, tumis sampai pecah minyak tu.
  4. Lepas dah pecah minyak tu masukkan ayam separuh masak tadi tu kacau hingga merata dan biarkan kejap.
  5. Dah tu masukan santan bersama air pengikat sesuai selera je, mau banyak atau sikit kuah. tak lupa masukkan tu garam dan tomato.
  6. Masak hingga pecah minyak, bila masakan tu dah sebati dan dah cantik warnanya boleh tutup api tu.
  7. Masakan dah siap resepi ayam masak merah dah siap.


SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA