Untuk bahan-bahan Rendang Ayam:
Bahan Rendang Ayam
- 1 ekor ayam dipotong
- 25 gr bawang putih
- 130 gr bawang kecil
- 12 gr kunyit hidup
- 80 gr halia tua
- 285 gr bawang merah
- 5 gr daun limau purut
- 33 gr lengkuas
- 115 gr gula Melaka
- 20 gr serai, akar sahaja
- 2 daun kunyit
- 105 gr cili boh
- 90 gr kerisik
- 12 gr serai
- 2 sudu besar garam
- 1 kg santan
Cara masak Rendang Ayam
- Masukkan dalam mesin kisar,bawang kecil, kunyit hidup, bawang merah, lengkuas, akar serai dan haila hingga sebati semua bahan tu dan potong Chiffonade daun kunyit.
- Panaskan priuk besar dengan api besar/suhu tinggi dan masukkan bahan kisar tadi tu dengan di tambah gula Melaka, daun limau purut, cili boh, bawang, garam, separuh santan dan serai ditumbuk, kacau sama rata.
- Masak semua tu hingga mendidih lepas tu kecilkan api tuk renehkan.
- Lepas tu masukkan ayam yang dah di potong tu bersama reneh dan kacau hingga sama rata.
- Kacau reneh tu kira-kira 90 menit hingga sos jadi pekat dan hampir kering tapi tak kering sangat.
- Masukkan 1/2 daun kunyit dan kerisik ke dalam kuali tu dan kacau 5 minit.
- Dah siap santap, hidangkan rendang ayam dan hias cantik.
Jika nak makan rendang ayam ni masa depan, biarkan rendang ayam tu sejuk seutuhnya dan lepas tu simpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais. Rendang ayam ni hanya tahan untuk masa 1 minggu sahaja.
SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA

No comments:
Post a Comment